Ros

Total Pageviews

Friday, October 21, 2011

Sifat kita, sifat kala jengking.

 Assalammualaikum...pada petang Jumaat ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah cerita...Semoga kita sma2 akn mndapat manfaat dripdanya untuk djadikan pngajaran dlm mneruskan khidupan ini...



Sifat kita, sifat kala jengking.

Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua terpandang pada seekor jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari itu berkisar-kisar cuba memanjat dinding, tapi setiap kali memcuba ia jatuh semula ke dalam air. Lelaki tuadibaluti rasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya haiwan tersebut menyegat jari lelaki tua. Sakitnya bukan kepalang. Anehnya, setiap kali disengat, setiap kali itu juga lelaki tua cuba mengangkat jengking tersebut keluar dari lopak.
“ Kenapa pak cik selamatkan jengking ni? Dah berkali-kali jari pak cik disengat, tapi pak cik masih nak mencuba. Kenapa?” Tanya seorang anak muda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.
Begini jawapan lelaki tua berikan. “ Menyengat memang sifat semula jadi seekor jengking. Tapi sifat semula jadi manusia ialah menyayangi. Kenapa mesti kita korbankan sifat semula jadi seekor haiwan?”
Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi untuk mengeluarkan jengking itu dari dalam lopak…berkali-kali hingga berjaya. Lelaki tua tersenyum puas biarpun bias sengatan jengking itu telah menular ke seluruh tubuhnya.


No comments:

Post a Comment