- Mulakan berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
- Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
- Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
- Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sunguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
- Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya....
Pabila pena menari di atas kertas...Fikiran menerawang mencari idea...Hati bijak meluah rasa...
Friday, October 21, 2011
Lima Resepi untuk Melakukan Perubahan Diri
Ada lima resepi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment