AKU SUKA DIA
Dania Maisara bukanlah gadis yang
mudah menyerahkan cintanya kepada lelaki. Dia pernah dikecewakan dan
ditinggalkan. Sejak itu, dia mula menyimpan dendam terhadap setiap lelaki yang
pernah dan hadir dalam hidupnya.
Dania
Maisara: " Jika kehadiran cinta cuma untuk menyakitkan lebih baik cinta
tak pernah hadir."
Namun, dia keliru sementelah kehadiran
Aiman Hakim yang tidak pernah berputus asa untuk memilikinya. Tanpa sedar, ego
yang dipegang tewas demi sedikit. Lantas rasa simpati yang dihulur, lalu
bertukar kasih dan sayang.
Malangnya, perhubungan yang dibina
terputus di tengah jalan. Sekali lagi,dia terluka. Aiman meninggalkan demi
orang yang disayangi. Menurut Aiman, dia sanggup mengalah asalkan orang yang
disayangi itu bahagia. Dania bingung. Mengapa semua ini harus terjadi?
Pertemuan secara tidak sengaja tercipta
di antara dia dan Afiq Haikal telah menerbitkan rasa di hati. Lantas diusir
rasa itu daripada bermukim di hatinya. Dia tidak sanggup terluka lagi. Afiq
pasrah. Dia belajar untuk menerima hakikat bahawa cinta tak semestinya
dimiliki. Afiq membawa diri bersama hatinya yang lara ke Kota
Melbourne,Australia.
Afiq Haikal: " Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak
pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya."
Lumrah insani tahu menghargai pabila sudah tiada,
Dania terjerat dengan egonya sendiri. Hairan, sementelah pemergian Afiq, dia
mula sedar akan kekhilafannya selama ini. Dania tersepit di antara dua pilihan,
Afiq yang rela mengorbankan cintanya atau Aiman yang sanggup melakukan apa
sahaja untuk orang yang disayangi? Dapatkah dia membuat pilihan tanpa membiarkan
salah seorangnya terluka? Bagaimana pula mereka dapat menghadapi dugaan yang
datang?
Sambungan bca dekat lman web http://ilham.karangkraf.com/my-karya/#.UVPSqzdy0uQ. Jgn lpa...tnggalkan komen sma taw. :DD
ReplyDelete