Hati- hati makan daging
Hidangan di meja makan pastinya penuh dengan daging
pada Hari Raya Aidiladha.
Namun pakar perubatan menasihatkan kita agar
menggelakkan daripada mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu
sistem pencernaan.
Menurut pakar perubatan pencernaan dari Fakulti
Kedoktoran Universitas Indonesia, Dr. Ari Fahrial Syam, pengambilan daging
dalam kuantiti berlebihan tidak digalakkan.
“ Pelbagai penyakit pencernaan akan terjadi selepas
kita makan daging berlebihan.”
“ Salah satu daripadanya adalah penyakit refluks
gastroesofageal (GERD) disebabkan pengambilan lemak secara berlebihan dalam
tempoh singkat.” Kata Ari Fahrial.
Penyakit itu terjadi kerana berlaku aliran balik
makanan dari perut ke kerongkong.
“ Lemak yang berlebihan melambatkan pengosongan isi
perut dan menyebabkan apa yang dimakan naik semula ke kerongkong,” katanya.
Menurutnya, apa yang memburukkan lagi keadaan adalah
jika daging itu dimasak bersama santan berlebihan di samping rasa masam dan
pedas.
Tidur selepas makan daging juga akan menyebabkan
masalah itu bertambah buruk.
Justeru, Ari Fahrial berkongsi beberapa tip yang
boleh diikuti. Dia menyarankan orang ramai agar tidak mengambil daging secara
berlebihan dalam waktu yang singkat selain tidak mengetepikan sayur dan
buah-buahan.
Katanya, hindari juga daripada memakan organ dalaman
seperti usus, otak, paru, dan limpa dengan daging secara serentak. Selain itu,
jangan tidur dalam tempoh dua jam selepas makan kerana makanan itu akan kembali
ke kerongkong.
Kepada pesakit GERD, mengambil daging berlebihan dan
terus tidur akan menyebabkan dada mereka menjadi panas.
Di samping itu, elakkan makanan yang terlalu pedas
dan masam serta jangan makan daging bersama kopi atau minuman bersoda kerana ia
akan memburukkan GERD.
Ketika memakan daging, elakkan daripada mengambil
makanan yang mengandungi ciklat dan keju.
Jus Ceri mudahkan tidur
Jika sebelum ini anda mengamalkan minum susu atau
secawan the sebagai petua untuk mudah tidur, apa kata anda berubah kepada
segelas jus ceri.
Menurut kajian oleh Sekolah Sains Kehidupan,
Universiti Nothumbria, Britain baru-baru ini, rasa masam dalam minuman itu
dapat membantu pesakit insomnia untuk tidur.
Pengarah Pusat Kajian Tidur, Dr. Jason Ellis yang
merupakan ketua pengkaji menjelaskan, jus ceri dapat merangsang hormon
melatonin yang memudahkan seseorang untuk tidur.
“ Apa yang lebih mengujakan adalah kandungan
melatonin dalam tat ceri juga sudah mencukupi untuk membuatkan seseorang itu
untuk tidur dengan sihat.” Kata Fllis.