Ros

Total Pageviews

Sunday, November 6, 2011

Kesihatan



Hati- hati makan daging

Hidangan di meja makan pastinya penuh dengan daging pada Hari Raya Aidiladha.
Namun pakar perubatan menasihatkan kita agar menggelakkan daripada mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu sistem pencernaan.
Menurut pakar perubatan pencernaan dari Fakulti Kedoktoran Universitas Indonesia, Dr. Ari Fahrial Syam, pengambilan daging dalam kuantiti berlebihan tidak digalakkan.
“ Pelbagai penyakit pencernaan akan terjadi selepas kita makan daging berlebihan.”
“ Salah satu daripadanya adalah penyakit refluks gastroesofageal (GERD) disebabkan pengambilan lemak secara berlebihan dalam tempoh singkat.” Kata Ari Fahrial.
Penyakit itu terjadi kerana berlaku aliran balik makanan dari perut ke kerongkong.
“ Lemak yang berlebihan melambatkan pengosongan isi perut dan menyebabkan apa yang dimakan naik semula ke kerongkong,” katanya.
Menurutnya, apa yang memburukkan lagi keadaan adalah jika daging itu dimasak bersama santan berlebihan di samping rasa masam dan pedas.
Tidur selepas makan daging juga akan menyebabkan masalah itu bertambah buruk.
Justeru, Ari Fahrial berkongsi beberapa tip yang boleh diikuti. Dia menyarankan orang ramai agar tidak mengambil daging secara berlebihan dalam waktu yang singkat selain tidak mengetepikan sayur dan buah-buahan.
Katanya, hindari juga daripada memakan organ dalaman seperti usus, otak, paru, dan limpa dengan daging secara serentak. Selain itu, jangan tidur dalam tempoh dua jam selepas makan kerana makanan itu akan kembali ke kerongkong.
Kepada pesakit GERD, mengambil daging berlebihan dan terus tidur akan menyebabkan dada mereka menjadi panas.
Di samping itu, elakkan makanan yang terlalu pedas dan masam serta jangan makan daging bersama kopi atau minuman bersoda kerana ia akan memburukkan GERD.
Ketika memakan daging, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi ciklat dan keju.

Jus Ceri mudahkan tidur

Jika sebelum ini anda mengamalkan minum susu atau secawan the sebagai petua untuk mudah tidur, apa kata anda berubah kepada segelas jus ceri.
Menurut kajian oleh Sekolah Sains Kehidupan, Universiti Nothumbria, Britain baru-baru ini, rasa masam dalam minuman itu dapat membantu pesakit insomnia untuk tidur.
Pengarah Pusat Kajian Tidur, Dr. Jason Ellis yang merupakan ketua pengkaji menjelaskan, jus ceri dapat merangsang hormon melatonin yang memudahkan seseorang untuk tidur.
“ Apa yang lebih mengujakan adalah kandungan melatonin dalam tat ceri juga sudah mencukupi untuk membuatkan seseorang itu untuk tidur dengan sihat.” Kata Fllis.

No comments:

Post a Comment