Ros

Total Pageviews

Tuesday, October 25, 2011

1 Malaysia!....

'Happy Deepavali' diucapkan kpada smua pnganut agama Hindu di Malaysia...

Friday, October 21, 2011

Lima Resepi untuk Melakukan Perubahan Diri

Ada lima resepi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
  • Mulakan berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sunguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya....

Niat Sebenar Syaitan...

Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki buta yang amat rajin bersolat di masjid. Bagi memudahkannya berulang-alik, dia mengikat seutas tali menghubungkan rumah dengan masjid berkenaan. Berpandukan tali itulah dia berjalan setiap hari untuk solat berjemaah. Jarak di antara rumah lelaki buta dengan masjid tidaklah berapa jauh, namun masalahnya ialah di pertengahan jalan terdapat sebuah lubang besar yang dipenuhi air.

Suatu hari, lelaki buta jatuh ke dalam lubang tersebut. Bajunya habis basah. Kesian, dia berpatah balik untuk menukar pakaian kepada yang kering dan bersih, kemudian menyusur semula tali itu menuju ke masjid. Malangnya ketika melintasi lubang itu buat kali kedua, lelaki buta terjatuh lagi. Bersusah payah dia pulang ke rumah dan menukar pakaian, seterusnya berjalan ke masjid untuk kali ketiga.

Sudah nasibnya, ketika melintasi lubang besar, dia tergelincir lagi. Lelaki buta terhuyung-hayang tapi aneh, belum sempat tubuhnya terhumban ke dalam lubang, seseorang datang menghulurkan tangan. Orang tua itu menahan tubuhnya daripada jatuh dan kemudian memimpin tangan lelaki buta menuju ke masjid.

Berulang kali lelaki buta mengucapkan terima kasih. " Bolehkah tuan beritahu saya, siapakah tuan sebenarnya?" soal lelaki buta ketika mereka sampai di perkarangan masjid.

" Aku adalah syaitan!" jawab orang yang tidak dikenali tadi.

Syaitan? Lelaki buta terkejut. " Ta...ta..tapi kenapa engkau menolong aku sedangkan aku hendak ke masjid untuk bersolat, menyembah Allah S.W.T Yang Maha Esa.?"

Jawab syaitan, " Aku menolongmu sebab aku takut dosa orang-orang Islam terampun. Ini kerana semasa engkau jatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan. Semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu pula diampunkan dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga, maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu!"

Sifat kita, sifat kala jengking.

 Assalammualaikum...pada petang Jumaat ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah cerita...Semoga kita sma2 akn mndapat manfaat dripdanya untuk djadikan pngajaran dlm mneruskan khidupan ini...



Sifat kita, sifat kala jengking.

Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua terpandang pada seekor jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari itu berkisar-kisar cuba memanjat dinding, tapi setiap kali memcuba ia jatuh semula ke dalam air. Lelaki tuadibaluti rasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya haiwan tersebut menyegat jari lelaki tua. Sakitnya bukan kepalang. Anehnya, setiap kali disengat, setiap kali itu juga lelaki tua cuba mengangkat jengking tersebut keluar dari lopak.
“ Kenapa pak cik selamatkan jengking ni? Dah berkali-kali jari pak cik disengat, tapi pak cik masih nak mencuba. Kenapa?” Tanya seorang anak muda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.
Begini jawapan lelaki tua berikan. “ Menyengat memang sifat semula jadi seekor jengking. Tapi sifat semula jadi manusia ialah menyayangi. Kenapa mesti kita korbankan sifat semula jadi seekor haiwan?”
Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi untuk mengeluarkan jengking itu dari dalam lopak…berkali-kali hingga berjaya. Lelaki tua tersenyum puas biarpun bias sengatan jengking itu telah menular ke seluruh tubuhnya.


Monday, October 17, 2011

MesraPekerti

Assalammualaikum,apa khabar smua? Terima ksih kpada sesiapa yg dh ' follow' sya. Sya kni sdg sbuk utk melibatkan pula diri dlm pnulisan novel. Mmg tdak dnafikan agk skar sbenarnya, tlong doakan utk sya smoga dberi kekuatan agar dpat mmberikan yg trbaik utk nukilan novel yg prtama ini....Senyum2 slalu...:D

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Sebiji Epal...


Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup kencang.  Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada di nun pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir,kenapa aku tidak dipetik? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan,manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu yang ada yang sudah buruk dirosakkan serangga? Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan bukan dirinya yang belum tercemar dicuit orang. Apa kurangnya diri ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Semakin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu,pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitki yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka. Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek,dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih. Siang berganti malam,hari berganti minggu. Kasihan...akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga...Ketahuilah,wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik,susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya,tiada lagi wanita yang suci dan mulus, di sekeliling kita ini. Wahai para pembaca yang budiman, ingatlah ketika anda semua melihat anak-anak gadis berpegangan tangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada kisah ini...Berdasarkan kisah di atas tadi. Apakah yang dpat anda ulaskan di sini? Bukankah ada baiknya epal itu biarkan sahaja dirinya berada di puncak daripada menggugurkan dirinya ke tanah dan akhirnya menjadi hina disebabkan kejahilan dirinya sendiri....


Terima Kasih, Ya Allah...

Alhamdulilah, kini selesai Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dan sya brhrap anda dpat mlakukannya sbaik mungkin....yg brlalu usah dkenangkan lgi...Yg pling pnting ialah anda trus brdoa akn mndpat kjayaan yg anda hrapkan...jgn sesekali brjauhan dari-Nya...