Assalammualaikum...First, syukran to Allah. Alhamdulilah...:)) Kerana atas segala ilham dan bakat dikurniakan novel yang julung-julung kali kali aku tulis ni akhirnya dapat siap jua. Tetapi, buat masa sekarang aku terlebih dulu mengepos sinopsisnya dahulu di page Novel. Aku perlu menyemak hasil karya ini supaya semuanya seratus peratus lengkap dan siap.Sebuah novel cinta yang amat memerlukan daya imaginasi yang sangat tinggi. Tambahan pula, aku sendiri tidak pernah merasai apa itu cinta. Terlalu muda rasanya. Mujurlah berkat pengalaman orang-orang sekeliling, pemerhatian aku sendiri, pembacaan dan sebagainya dapat juga menyuntik sedikit idea kepadaku. Takut ada yang tercicir nanti. Walaupun, karya ini sememangnya tak berapa sempurna. Banyak lagi yang aku perlu pelajari selepas ini. Ini pun sekadar cuba-cuba. Aku tak sabar2 nak tunggu komen dan reaksi korang semua tentang novel ni nanti. Aku akan mnerimanya dengan hati yang terbuka. Tidak dinafikan, memang sukar sebanarnya untuk menulis novel kerana ada sedikit perbezaannya daripada cerpen. Novel lebih tebal dan berbanding cerpen yang boleh saja ditulis dalam beberapa perenggan dan bab sahaja. Di antara novel2 yang aku baca rasanya novel-novel yang dapat menitikkan ilham untuk aku ialah Kasih Yang Suci, Berita Dari hati, Coke & Sundae, Cucur Bawang dan Kopi O dan banyak lagi. Aku percaya, setiap novel yang ada di pasaran mempunyai nilai estetikanya yang berbeza. Kesemuannya mengambil peranan penting dalam mengembangkan mutu penulisan mereka. Cuma, cara penyampaian mereka sedikit berbeza. Tetapi, semuanya terbaik bagi aku. Syabas dan tahniah kpada mereka!...Akhir sekali, aku nak kongsikan dengan korang tentang sebuah mutiara kata ini :
" ANDA TIDAK BOLEH MENJADI PENULIS SEKIRANYA ANDA TIDAK MENJADI PEMBACA TERLEBIH DAHULU."
Inilah pegangan yang aku pegang dari dulu hingga sekarang...Tidak dinafikan, kata-kata mutiara itu memang benar. Aku yakininya!...
" ANDA TIDAK BOLEH MENJADI PENULIS SEKIRANYA ANDA TIDAK MENJADI PEMBACA TERLEBIH DAHULU."
Inilah pegangan yang aku pegang dari dulu hingga sekarang...Tidak dinafikan, kata-kata mutiara itu memang benar. Aku yakininya!...
No comments:
Post a Comment