Siapakah Orang Yang…
1.
Siapakah orang yang paling sibuk?
Siapakah orang yang paling sibuk?
-
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah
dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
2. Siapakah orang
yang manis senyumanya?
-
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia berkata ‘ Inna illahi wainna illalhi
rajiuun.’ Lalu sambil berkata, ‘ Ya
Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini.’, sambil mengukir senyuman.
3. Siapakah orang
yang kaya?
-
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
4. Siapakah orang
yang miskin?
-
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan
nikmat yang ada dan sentiasa
Mengumpulkan harta.
5. Siapakah orang
yang rugi?
-
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
pertengahan usia namun masih berat
Untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
6. Siapakah orang
yang paling cantik?
-
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.
7. Siapakah orang
yang mempunyai rumah yang paling luas?
-
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati dan membawa
Amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sehingga
saujana mata memandang.
8. Siapakah orang
yang mempunyai rumah yang paling sempit?
-
Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah
orang yang mati dan tidak
Membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
9. Siapakah orang
yang mempunyai akal?
-
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari seksa api neraka.
No comments:
Post a Comment